Program DERMASISWA B40 (DG40)

 

DERMASISWA B40 JPA.. 

1. Nama pon dermasiswa, so dia mcm biasiswa, tajaan kewangan pelajaran yang tak perlu bayar balik. Ni bawah JPA.. takde kontrek pon kena keje balik dgn JPA..

2. Syarat utama dia perlu B40.. atau gaji isi rumah RM5249 sebulan dan kebawah.  

3. Syarat lain, perlu dapat tawaran sambung belajar untuk program TVET.. Sama ada kat Uni Awam atau kat UniKL pon boleh.

4. Proses permohonan dia, akan bukak bulan Ogos, biasanya masuk register dan belajar dulu, then baru apply.

5. Kalau kat UniKL MIMET,  pegawai bahagian Loan akan assist bab bantuan kewangan pelajaran ni, yg mana layak Dermasiswa, akan didahulukan, yang mana tak layak, akan diminta apply Loan MARA. 

6. Di UniKL MIMET, ada 2 program yang boleh dapat Dermasiswa ni iaitu Dip Marine Engineering dan Diploma Electrical &  Electronic (Marine). 

7. Permohonan bagi 2program ni utk intake July 2024 (register 27 July) MASIH DIBUKA! Pada yang terlepas UPU tu, masih boleh apply, boleh pm cikgu mcm mana nak apply..kita bagi special drive thru utk dpt offer letter.

Ok tak?


Selamat Hari Guru

Setiap tahun pada tanggal 16 Mei, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan menganjurkan sambutan Hari Guru sebagai penghargaan kepada guru. Ia juga bagi meraikan dan memberi pengiktirafan kepada jasa guru. Tema Hari Guru 2023 ini ialah Guru Insani Pemangkin Generasi Madani.


Selamat menduduki Ujian mendengar & bertulis buat semua calon SPM 2023.

Ya Allah, kami serahkan segala urusan dan seluruh jiwa raga anak kami hanya kepadaMu. Moga dipimpin akal dan hati mereka sepanjang peperiksaan ini dengan petunjukMu agar beroleh kecemerlangan di dunia dan akhirat. 
Percayalah. Kita menjadi watak jahat dalam cerita seseorang meski pun kita pernah berlaku baik padanya. Itulah kehidupan. 😊

Job Code: HTJ237

 

👩‍🏫

HOME TUITION - GURU PEREMPUAN KE RUMAH PELAJAR


Diiklankan pada 8 JANUARI 2024



🏠 Klebang, Ipoh - Perak 

🧑‍🎓👨‍🎓 1 orang pelajar perempuan

📚 Matematik Tingkatan 5

📆 Sabtu / Ahad

⏰ akan dibincangkan



PERHATIAN: Kepada yang berminat untuk memohon job ini, boleh WhatsApp (Nama Tutor) <jarak> (No. ID Tutor) <jarak> (HTJ237dan hantarkan kepada talian HOTLINE ELMUNEEF.



Job Code: HTJ236

👨‍🏫 

HOME TUITION - GURU LELAKI KE RUMAH PELAJAR


Diiklankan pada 28 Disember 2023



🏠 Botani, Ipoh - Perak 

🧑‍🎓👨‍🎓 1 orang pelajar lelaki

📚 Matematik Tahun 4

📆 Isnin - Jumaat

⏰ 8:00 pm - 9:00 pm (1 jam)



PERHATIAN: Kepada yang berminat untuk memohon job ini, boleh WhatsApp (Nama Tutor) <jarak> (No. ID Tutor) <jarak> (HTJ236) dan hantarkan kepada talian HOTLINE ELMUNEEF.



DAFTAR PELAJAR BARU 2024

Pendaftaran Pelajar Baru sesi 2024 telah dibuka !!!

= = = = =

Subjek yang ditawarkan:


UPSR  |  PT3  |  SPM

================================================

UPSR


BM , BI , MATEMATIK , SAINS

================================================

PT3


BM , BI , MATEMATIK , SAINS

================================================

SPM


BM , BI , MATEMATIK , SAINS , FIZIK , KIMIA , BIOLOGI , ADD MATH , EKONOMI , PRINSIP AKAUN , SEJARAH

================================================

PENGAJIAN QURAN DEWASA DAN KANAK-KANAK

&

IQRA DEWASA DAN KANAK-KANAK



WhatsApp segera nama & tahun/tingkatan kepada talian HOTLINE Elmuneef.

[Pakej A] Seminar Membina Sahsiah Murid Cemerlang

Sukacita dimaklumkan pihak kami akan mengadakan seminar Membina Sahsiah Murid Cemerlang pada setiap hari Sabtu yang akan diadakan di Hotel Sri Malaysia, Ipoh. Jika ada sebarang permintaan ke kawasan Tuan/Puan, kami akan ke sana. Syarat utama mengikuti seminar Membina Sahsiah Murid Cemerlang ini ialah:

  1. Peserta 100 orang / slot
  2. Borang permohonan yang telah lengkap diisi (borang, gambar terkini ukuran pasport, salinan I/C / pasport, sijil – sijil berkenaan, surat kebenaran ibu bapa/penjaga). Muatturun borang (mengikut kategori) di Sekolah Rendah Tahap 1 (Tahun 1-3), Sekolah Rendah Tahap 2 (Tahun 4-6), Menengah Rendah (Ting. 1-3), Menengah Atas (Ting. 4-5), Kolej/ Matrikulasi/ Politeknik/ IPT
  3. Bayaran RM150 / peserta (yuran termasuk makan dan sewaan tempat kursus)
  4. Peserta hendaklah sihat tubuh badan/ ibu bapa/penjaga hendaklah menyatakan taraf kesihatan anak pada pengelola seminar

Untuk makluman, penyertaan seminar akan ditutup pada 7 hari bekerja sebelum seminar berkenaan dilaksanakan. Contoh sekiranya ingin mengikuti kursus pada Sabtu depan, tarikh tutup penyertaan pada hari Rabu minggu sebelumnya. Ini bertujuan untuk memproses borang dan mendaftarkan personel dalam sistem.

Maklumat lanjut boleh hubungi kami 

Tawaran Mengadakan Seminar Motivasi

Kami amat mengalukan dan mempelawa terutama pada warga sekolah, kolej dan mana-mana institusi pengajian tinggi untuk menjemput pihak Akademi Elmuneef mengadakan seminar/ ceramah/ bengkel dan pelbagai aktiviti berkaitan Ilmiah & Pendidikan di tempat anda.

Setiap Modul kami akan disampaikan oleh Master Trainer yang mempunyai pengalaman lebih dari 20 tahun dalam bidang berkaitan. Antara Trainer kami ialah:

  1. En Ahmad Zaiyan Suberi,
    Master Trainer ELMUNEEF
    CEO Mayanyata Resources
    Presiden ELMUNEEF
    MBA Human Resource Accounting (Liverpool)
    Bachelor of Music

  2. Prof. Dr Zaharul
    PhD Music Edu
    Dekan Fakulti Muzik dan Seni Persembahan UPSI

  3. Tn Hj. Zaid Mahasan
    Pengarah Jabatan Pembangunan Kemahiran Wilayah Sarawak
    Kementerian Sumber Manusia
    Kejuruteraan

  4. En Salehudin Salleh
    Pengarah Pembangunan Kebudayaan Malaysia
    Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan Malaysia

  5. Cik Shahira Musa Eng.Tech., Principal Trainer ELMUNEEF Home Based Learning
    Pengurus ELMUNEEF
    Marketing Exe., KKMSB
    Pentauliahan Mengajar JAIPk
    BEM membership
    BET. Naval Architecture & Shipbuilding, UniKL

  6. Tn Hafis Shah, Trainer ELMUNEEF

Pakej ditawarkan dengan harga yang berpatutan dengan kos semasa. Maklumat lanjut, hubungi 011-20955308 atau emel ke elmuneef@gmail.com. Pihak ELMUNEEF, akan memberi maklum balas kepada pihak tuan/puan.

DAFTAR "UPAH BUAT ASSIGNMENT" - HARGA RAHMAH

Biar kami bantu ...

Apa saja TUGASAN

Apa saja TESIS


Kami menyediakan servis membuat tugasan:

  1. Proposal (Level of complexity: SIMPLE @ 8-10 pages)
  2. Report @ Practicum/ FYP
  3. Thesis
  4. Online Exam Task (MCQ/ Essay)
  5. Assignment (less complex/ less than 5 pages)
  6. Assignment (3000 words/ complex)
  7. Assignment (4000 words)
  8. Assignment (5000 - 6000 words)
  9. Assignment (6000 - 10000 words)
  10. Article Review (3 - 6 pages)
  11. Slide Power point (Infographic Slides)
  12. Video Task Assignment
  13. Resume
  14. Academic Poster
Peringatan: Last minute task assignment TIDAK DIGALAKKAN. Additional charge akan dikenakan bermula RM50.

Salam Takziah

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 


Dukacita dimaklumkan, bapa kepada Amyra Suhaila dan Amyra Shafinaz @alumni Akademi Elmuneef 2018 & 2019; Allahyarham Army bin Md Rashid telah kembali ke rahmatullah sekitar jam 7:45 pagi Isnin, 16 Oktober 2023. Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah SWT dan ditempatkan dikalangan orang beriman.


Salam Takziah dari warga Akademi Elmuneef.