20 November 2017, IPOH - Elmuneef Training and Consultancy telah dijemput bagi mengadakan satu program motivasi untuk murid tingkatan tiga SMK Kg. Pasir Puteh, yang bertempat di Surau SMK Kg. Pasir Puteh sempena Program Lepasan PT3. Seramai 69 orang murid tingkatan tiga telah terpilih dalam menyertai program tersebut dari jam 8:00 pagi hingga 1:00 petang. Program ini telah diwakilkan seramai tiga orang wakil Elmuneef yang terdiri daripada Presiden dan Master Trainer Elmuneef, Tn Ahmad Zaiyan Suberi (Pak Yan), Pengurus Elmuneef, Cik Shahira Musa, serta Tn Hafis Shah, Ketua Pengurusan Elmuneef (Bhgn: Training and Consultancy).
Ceramah "Membina Sahsiah Murid Cemerlang" telah dikendalikan sepenuhnya oleh Master Trainer, Pak Yan. Program ini berlangsung dengan usahasama guru-guru unit bimbingan dan kaunseling (UBK) SMK Kg Pasir Puteh, Ipoh.
Antara objektif program ini ialah:
- Menimbulkan rasa keinsafan diri.
- Menanamkan sikap-sikap positif dan bercita-cita besar.
- Menggalakkan minat belajar dan tujuan menuntut ilmu.
- Meningkatkan disiplin dengan cara memberi kefahaman terhadap makna dan tujuan disiplin.
Dalam program ini juga, murid ditekankan bahawa kecemerlangan akademik hendaklah seiring dengan sahsiah yang terpuji. Sahsiah terpuji dan akademik cemerlang adalah dua faktor penting perlu digilap kerana generasi muda kini yang akan mewarisi tampuk kepemimpinan negara suatu hari nanti. Sehubungan itu, mereka perlu mempunyai nilai integriti tinggi yang perlu dipupuk bermula daripada sekarang, selain komited dalam apa jua perkara dilakukan.
Semoga dengan perlaksanaan program ini, sekolah akan dapat merealisasikan segala matlamat dan impian iaitu ingin menjadi sebuah sekolah cemerlang dan gemilang seterusnya menjalinkan kolaborasi antara pihak Elmuneef dan sekolah.
"Humanize the Education"
|  | 
| Sesi 1: Mengenali Diri | 
|  | 
| Team Elmuneef bersama guru SMKPPI | 
|  | 
| Sesi Q&A | 
|  | 
| Sesi 2: Slot bersama Tn Hafis Shah | 
|  | 
| Para guru SMKPPI yang terlibat dalam program. | 

No comments:
Post a Comment